Monday, February 9, 2009

Permohonan Penempatan Tahun Satu 2010 dan 2011

3. Proses Permohonan Penempatan.

3.1 Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke Sekolah Rendah hanya boleh dibuat seawal dua tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah. Permohonan penempatan yang dibuat pada tahun 2010 adalah bagi:

i. Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2003 hingga 1.1.2004 untuk tahun persekolahan 2010.

ii. Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2004 hingga 1.1.2005 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2011.

3.2 Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai 1 hingga 31 Mac 2009.

3.3 Guru Besar hendaklah menghebahkan perkara ini melalui guru-guru, pekerja dan murid sekolah. Pihak sekolah boleh membuat poster atau kain rentang dan dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dilihat di dalam kawasan sekolah mulai 15 Februari 2009 hingga 31 Mac 2009.

3.4 Peraturan-peraturan permohonan penempatan adalah seperti berikut:

(i) Ibu bapa / penjaga boleh membuat permohonan penempatan di semua sekolah kerajaan / bantuan kerajaan mengikut jadual seperti yang ditetapkan.

(ii) Semua permohonan penempatan tahun 1 hendaklah menggunakan format borang PPM yang disediakan oleh sekolah masing-masing. Contoh dilampirkan bersama.

(iii) Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / waris / penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah :-

a. Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan (Asal dan salinan fotostat)
b. Bukti alamat tempat tinggal (seperti bil elektrik, bil air, bil telefon atau dokumen-dokumen lain yang berkenaan)

(iv) Sila semak Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan untuk memastikan Kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia.

3.5 Guru Besar hendaklah membuat Rumusan Permohonan Penempatan Murid Ke Tahun Satu 2010 menggunakan format borang RPPM dan dihantar ke PPD Selatan (u.p: Puan Hjh Ziti Zaleha bt ibrahim) pada atau sebelum 15 April 2009.

3.6 Permohonan Penempatan bagi kanak-kanak Cacat Penglihatan / Cacat Pendengaran / Terencat Akal Ringan (Bermasalah Pembelajaran)

(i) Kanak-kanak ini dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor sebelum didaftar. Borang pemeriksan doktor boleh didapati di Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

3.7 Semua kanak-kanak Bukan Warganegara yang ingin memohon masuk ke Sekolah Kerajaan / Bantaun Kerajaan dikehendaki membuat permohonan di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selepas 1 Oktober 2009. Cara memohon hendaklah merujuk kepada P.U.(A) 275 Akta Pendidikan 1996 mengenai Peraturan Kemasukan Murid Bukan Warganegara.

4. Proses Pengesahan Penempatan

4.1 Semua urusan Proses Pengesahan Penempatan yang telah diluluskan oleh JPN / PPD hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai 1 hingga 30 Ogos 2009.

4.2 JPN / PPD akan membekalkan perkara-perkara berikut untuk tindakan Guru Besar selanjutnya.

(i) Disket senarai kelulusan kanak-kanak tahun 1 sesi persekolahan Tahun 2006 yang telah diluluskan.
(ii) Surat Kelulusan Penempatan Kanak-Kanak ke Tahun 1 sesi persekolah Tahun 2010
(iii) Borang Rayuan Penempatan Semula
(iv) Borang Rumusan Rayuan Penempatan Semula Bagi Kemasukan Ke Tahun 1.
(v) Borang Rumusan Pengesahan Penempatan Murid.

4.3 Pihak sekolah perlu mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berikut :

(i) Memanjangkan surat kelulusan penempatan (4.2 ii ) kepada ibu bapa / penjaga kanak-kanak.

(ii) Mengisi maklumat Borang Rumusan Pengesahan Penempatan Murid (4.2 iv) dan menghantarnya ke PPD.

(iii) Memberitahu ibu bapa / penjaga kanak-kanak yang ingin merayu untuk penempatan semula ke sekolah lain supaya mengisi Borang Rayuan Penempatan Semula (4.2 iii)

(iv) Menghantar Borang Rumusan Rayuan Penempatan Semula (4.2 ii) ke PPD (u.p: Puan Hjh Siti Zaleha bt Ibrahim) pada atau sebelum 7 September 2009

4.4 Pertukaran sekolah selepas urusan penempatan semula sama ada dalam daerah, dalam negeri atau luar negeri hendaklah menggunakan Borang P.U. A (275) yang boleh diperolehi di mana-mana sekolah. Ibu bapa / penjaga murid digalakkan mengemukakan sendiri permohonan tersebut ke JPN/PPD berkenaan.

4.5 Pendaftaran Murid Tahun 1 pada hari pertama persekolahan.

Semua pendaftaran kemasukan murid ke Tahun 1 hendaklah pada hari pertama pesekolahan. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan kesibukan pada hari tersebut, pihak sekolah boleh menjalankan pendaftaran lebih awal seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Ikhtisas 13/1998: Penerimaan Murid Baru Hari Pertama Persekolahan bertarikh 11 Julai 1988.

4.6 Untuk penjelasan lanjut sila rujuk Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Sekolah Rendah Tahun 2003.

5. Kelonggaran untuk Bersekolah Awal bagi kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2000 hingga 15.1.2000.

(i) Mengikut Pendidikan Wajib, semua kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2003 hingga 1.1.2004 adalah diwajibkan bersekolah dalam Tahun Satu pada tahun 2010 dan yang lahir pada 2.1.2004 hingga 1.1.2005 pula wajib bersekolah dalam Tahun Satu pada tahun 2011.

(ii) Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran telah memberi kelonggaran untuk kanak-kanak bawah umur untuk memasuki Tahun 1 (2010) bagi yang berminat. Kanak-kanak tersebut mestilah lahir di antara 2.1.2004 hingga 15.1.2004 sahaja.

(iii) Guru Besar diminta memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan tentang perkara ini.

(iv) Ibu bapa berkenaan yang berminat bolehlah mengambil Borang Kemasukan Awal di sekolah yang didaftar dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :

• Salinan Sijil Lahir
• Surat Pengesahan daripada Tadika/Prasekolah yang disertai kanak-kanak tersebut.
• Prestasi Pencapaian / Buku Rekod Kemajuan
• Semua dokumen-dokumen hendaklah disahkan oleh Guru Besar sekolah kanak-kanak itu didaftarkan.

(v) Tarikh untuk mengemukakan permohonan ialah mulai 1.3.2009 hingga 31.3.2009.

(vi) Kanak-kanak tersebut mestilah LULUS TEMUDUGA dan UJIAN yang akan ditetapkan oleh JPN.

(vii) Kelulusan bersekolah awal akan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, (Unit Sekolah Rendah), Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment