Tuesday, February 11, 2014

Monday, May 2, 2011

Blog ini tidak lagi dikemaskini...

Yup.. betul tu, blog ini tidak lagi dikemaskini kerana tuannya tidak lagi bertugas di PPD. Oleh itu kepada tuan-tuan dan puan-puan yang terkunjung ke sini harap dapat memanfaatkan maklumat yang sedia ada sekiranya berkaitan.... maaf dari saya.

Wednesday, September 2, 2009

BANCI MURID KELAS DAN GURU SEKOLAH RENDAH 2010

Semua Guru Besar,
Sekolah–sekolah Rendah,
Daerah Seberang Perai Selatan.


Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah sedang berusaha mendapatkan maklumat yang lengkap bagi permulaan sesi persekolahan tahun 2010.

Sila lengkapkan Lampiran MKG2010 dan kembalikan kepada pejabat ini pada atau sebelum 10 September 2009. Kerjasama tuan mematuhi tarikh akhir ini amatlah diharapkan.


Sekian, terima kasih.

MAKLUMAT KEDUDUKAN GURU SEKOLAH RENDAH MENGIKUT JENIS SEKOLAH DAN OPSYEN SEPERTI PADA 31 JULAI 2009

Semua Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Seberang Perai Selatan.


Dipohon jasa baik tuan untuk memberikan data keperluan dan kedudukan guru di sekolah tuan menggunakan Lampiran A yang disertakan bersama-sama ini.

Lampiran yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan ke Unit Pengurusan Sekolah Rendah di pejabat ini pada atau sebelum 10 September 2009. Kerjasama dan tindakan tuan menepati tarikh ini amat dihargai.

Terima kasih.

Drpd:
Unit Pengurusan Sekolah Rendah

Wednesday, July 22, 2009

Taklimat Permohonan Secara Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2010

Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Kebangsaan (Menengah dan Rendah)

Sila Ambil Perhatian Berikut:

Permohonan ke Sekolah Berasrama penuh (SBP) secara atas talian akan dibuka oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster (BPSBPK) mulai September 2009kelak.

Satu taklimat khas akan diberi kepada semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan dan Pengetua jam 8.30 pagi di PPDS pada 30 Julai 2009 ini.

Mulai tahun ini, semua pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria dikendaki mengemukakan permohonan sendiri dengan bimbingan sekolah seterusnya mencetak borang yang telah lengkap diisi untuk disahkan oleh Guru Besar manakala salinannya pula hendaklah dihantar ke SBP yang dipohon.

Monday, July 6, 2009

Pengesahan Pendaftaran Tahun Satu 2010

Semua Guru Besar

Sila ambil perhatian:

1. Sepanjang bulan Ogos nanti adalah bulan untuk ibu bapa dan penjaga hadir ke sekolah untuk membuat pengesahan pendaftaran Tahun Satu sesi persekolahan 2010.

2. Sila pastikan surat kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan hal ini di hantar kepada mereka samada melalui pos, melalui tangan dan lain-lain cara perhubungan yang mudah dan berkesan.

3. Juga pastikan masa pengesahan pendaftaran berkaitan adalah sepanjang waktu pejabat - oleh itu pastikan ada guru atau staf yang bertugas dan faham dan tahu tentang prosedur pengesahan tersebut.

4. Rekodkan semua pengesahan untuk tujuan logistik. PPD memerlukan maklumat berkenaan pada 1 September 2009. Sila gunakan borang yang dilampirkan bersama surat kami kepada tuan apabila menyampaikan maklumat berkenaan.

Kerjasama dan sokongan tuan mencapai sasaran 100 peratus pengesahan pendaftaran adalah amat dihargai.

Terima kasih.

Daripada:
Unit Pengurusan Sekolah Rendah.

Sunday, April 5, 2009

Mesyuarat Profesionalisme Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Sila ambil maklum bahawa Mesyuarat Profesionalisme Guru Besar Sekolah Kebangsaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 April 2009
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jawi

Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke mesyuarat ini.

Daripada:
Unit Pengurusan Sekolah Rendah